Monday, September 1, 2008

100,000 Ucapan Kemerdekaan SMKTD_Guru

Sambutah Hari Kemerdekaan dengan Ucapan 100,000 Bagi Dicatatkan di Malaysia Book Record


Tuan Haji Abdul Wahid b Takat - Pengetua SMKTD




Ucapan oleh En. Abdullah b Lebai Abas - PK HEM
sambil diperhatikan oleh PK Kokurikulum







Seterusnya gambar-gambar guru/kakitangan yang menulis ucapan













Senarai Tugas Guru Kaunseling

Senarai Tugas Guru Kaunseling Sepenuh Masa

4.1.1 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

4.1.2 Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

4.1.3 Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid.

4.1.4 Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai.

4.1.5 Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan murid secara optimum.

4.1.6 Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan dan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

4.1.7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua murid.

4.1.8 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemberian maklumat sesuai dengan penawaran pakej pensijilan terbuka dan keperluan IPT.

4.1.9 Menjadi ahli jawatakuasa program pencegahan dadah, inhalan, rokok, alkohol dan HIV/AIDS.

4.1.10 Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti untuk menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang

melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar

negara.

4.1.11 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung bimbingan dan kaunseling, kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.

4.1.12 Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa , guru ,kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

4.1.13 Membuat penilaian aktiviti modul, model, instrumen dan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah .

4.1.14 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

4.1.15 Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

4.1.16 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebar kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

4.1.17 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan ibu bapa yang memerlukannya.

4.1.18 Menjadi personel perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan .

4.1.19 Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah dan PIBG.

4.1.20 Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah, Disiplin Sekolah dan Jawatankuasa Lembaga / Badan Pengawas.

4.1.21 Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

4.1.22 Menjadi penyelaras dalam program-program perkembangan murid kolokium, motivas, kem jaya diri, kepimpinan dan kursus ketatanegaraan.

4.1.23 Menjadi urusetia kepada program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris dan Dasar Bahasa Tambahan dan Jawatankuasa penempatan (Kemasukan ) murid di sekolah.

4.1.24 Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri.

4.1.25 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke semasa.



Friday, August 1, 2008

My Life


Ini merupakan titik-titik indah dalam kehidupanku yang selama ini yang kucari. Sesungguhnya inilah impian yang ku impikan....terima kasih sayangku.

Rahsia Diri Sendiri

Sebagai insan yang lahir di dunia ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan kelebihan yang berlainan. Malah keunikan ini merupakan satu anugerah Ilahi.

Anda perlu :

1. Mengenalpasti apa kelebihan anda dengan bertanya dari rakan atau keluarga.
2. Menyelami diri sendiri tentang kelebihan ini secara rasional.
3. Menggunakan kelebihan ini dalam kehidupan seharian.
4. Yakin dan berusaha ke arah positif.